Saturday 10 December 2011

PENGGUNAAN FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Caroline dan Terri (2009), amat penting bagi seorang guru untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada para  pelajar. Hal ini kerana kemajuan dalam bidang ICT semakin pesat berkembang. Kini penggunaan Facebook semakin meluas dan bukan sahaja digunakan oleh golongan dewasa malah kanak-kanak dibawah umur 12 tahun juga telah mempunyai akaun Facebook. Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Oleh itu, tidak salah jika para guru menggunakan medium facebook sebagai salah satu cara baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang pengajar, seseorang guru itu mestilah bijak dalam memberi  ilmu kepada para pelajarnya. Para guru boleh membina satu kumpulan atau “Group” di Facebook untuk menambahkan pengetahuan para pelajar. Di dalam kumpulan tersebut, pelbagai nota dan perkongsian ilmu antara guru dan pelajar dapat dilakukan.

Hakikatnya, Facebook boleh mengggantikan perbincangan dalam kumpulan yang sering digunakan oleh para guru disekolah. Perbincangan dalam kumpulan sering gagal berfungsi kerana  setiap ahli kumpulan tidak member komitmen sepenuhnya. Sebagai seorang guru yang kreatif, sudah pasti akan mencari alternatif lain untuk memudahkan para pelajarnya memahami apa yang diajarkan. Oleh itu, pemilihan medium Facebook sebagai salah satu cara untuk memahamkan para pelajar adalah amat baik. Hal ini kerana majoriti pelajar sekolah kini mempunyai akaun Facebook.

Sebagai contoh, guru boleh memuat naikan tugasan atau bahan pengajaran untuk pelajar di laman sosial terbabit. Secara tidak langsung perbincangan antara pelajar dengan rakan-rakan mereka akan tercetus untuk membincangkan isu yang telah diberikan oleh guru mereka. Dalam masa yang sama juga guru terbabit boleh mengetahui sama ada pelajar terbabit memahami apa yang di ajar melalui komen-komen yang diberikan.

Selain itu, Facebook pada ketika ini juga telah menarik minat para  tenaga pengajar untuk dimanfaatkan dalam komunikasi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara online. Fenomena ini sangat menarik kerana pada awalnya Facebook sebagai salah satu jaringan sosial yang bertujuan sebagai tempat untuk berinteraksi antara seorang individu dengan individu lain. Namun, ia kemudian di lihat oleh sebagian para akademik sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran secara online.

Faedah yang paling ketara melalui penggunaan Facebook dalam pembelajaran ialah pelajar yang sukar untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam kelas atau makmal akan mudah terangsang atau teruja untuk memberi idea sekiranya ada dalam kalangan pelajar-pelajar lain yang memberi komen mengenai sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh guru. Secara tidak langsung guru akan tahu sebenarnya semua pelajar mereka boleh berkomunikasi dengan baik. Facebook juga sangat berfaedah bagi pelajar yang kurang faham semasa guru mengajar dalam kelas dan semasa di luar waktu kelas, pelajar berkenaan boleh menggunakan saluran Facebook untuk meluahkan ketidakfahaman mereka dengan mendapat tindak balas dari pelajar lain dan guru berkenaan. Dengan adanya Facebook, komunikasi dapat dilakukan dengan  percuma atau kos yang rendah serta cepat mendapat maklum balas.

Kesimpulannya, dalam era teknologi yang semakin pesat berkembang ini terutamanya teknologi ICT, maka amat wajar seorang guru untuk mengaplikasikan laman “Facebook” dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cara ini di lihat lebih berkesan kerana murid-murid kini banyak menghabiskan masa di laman-laman sosial. Melalui cara ini, para guru dapat membuatkan penggunaan laman sosial menjadi lebih berfaedah serta membuatkan murid-murid seronok seta termotivasi apabila belajar dengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Sunday 4 December 2011

MODEL INDUVIDU (JAM)

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT JAM:
1) POLISTERIN
2) PISAU PEMOTONG
3) GAM
4) KERTAS WARNA
5) PIN
6) PITA PELEKAT
7) GUNTING























Thursday 1 December 2011

VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI


KOMPUTER RIBA (LAPTOP) MASA DEPAN




MESIN MEMOTONG BAWANG



TEKNOLOGI I-READ (KAEDAH CEPAT BACA)



ROBOT MANUSIA



KERETA DALAM AIR



STEAM IT BY TUPPERWARE



SISTEM PENGESAN PEJALAN KAKI OLEH TOYOTA






MULTITOUCH PAD






GELOMBANG OTAK 






GURU ROBOT




SELAMAT MENONTON VIDEO YANG TERDAPAT DI BLOG INI  

Friday 25 November 2011

FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI

 MESIN MIMPI



Kecanggihan sains dan teknologi hari ini mendorong manusia berlumba-lumba mencipta pelbagai alat yang  kadang kala seolah-olah ingin menyaingi ciptaan Tuhan. Sebuah syarikat pengeluar permainan pintar terkenal dari Jepun iaitu Takara Co, baru-baru ini telah memperkenalkan sejenis alat atau gajet (Yumemi-kobo) yang membolehkan pengguna menentukan mimpi yang mereka kehendaki atau mendapat pasangan impian di dalam mimpi mereka.



HELLO TAG



Tag ini di reka bentuk sesuai untuk warga tua dan golongan kurang upaya. Selalunya, tanda harga yang terdapat di pasaraya terlalu kecil dan sukar untuk di baca terutama oleh warga tua ketika mereka membeli belah. Dengan menggunakan inovasi sistem FRID, maklumkat barangan seperti harga dan saiz dapat diketahui melalui sistem suara yang keluar apabila punat suara di tekan.



TETIKUS BAHARU





Mouse (tetikus) ini akan menggunakan teknologi terbaru  yang dikenali sebagai  BlueTrack. Teknologi ini kelak akan menggantikan mouse laser mahupun optical. Teknologi ini akan memakai LED  Biru yang dikombinasikan dengan lense wide-angle. LED Biru ini membuatkan mouse ini lebih menawan. Teknologi Blue Track ini mempunyai kemampuan tracking yang lebih baik daripada mouse laser dan mouse optical biasa pada permukaan yang tidak biasa di pakai pada mouse laser.



JAM TANGAN PONSEL DENGAN LAYANAN HSDPA 
LG-GD9910 )



LG-GD9910 adalah jam tangan ponsel yang memiliki teknologi HSDPA  didalamnya sehingga anda boleh melayari dan membuat video chat jauh  dengan lebih cepat berbanding dengan teknologi 3G. Ukuran layar LG-GD910 adalah 1.43 inci dengan layar sentuh, fungsi “Text to Speech” serta mempunyai MP3 player.




 CLEAN CLOSET (BERSIHKAN ALMARI)



Almari yang canggih ini dapat mengesan segalan kotoran yang melekat pada  pakaian dan sekaligus membersihkannya melalui kaedah teknologi molecular di mana ia dapat menghilangkan kotoran dan bau busuk daripada pakaian secara cepat dan berkesan.




  BEG TANGAN ANTI RAGUT



Rekaan ini dinamakan ‘Blotch’. Rekaan ini menggunakan sistem beg udara yang di ubah suai mengikut kesesuaian dan di jana oleh  karbon dioksida. Dengan menggunakan ‘Blotch’ ini, peratusan keselamatan mangsa ragut lebih tinggi, begitu juga dengan keselamatan barangan milik mereka. Ini kerana sebaik sahaja peragut cuba menarik beg mangsa, salah satu pemegang beg berkenaan bertindak sebagai picu yang akan mengaktifkan sistem beg udara yang terdapat di dalamnya. Tindak balas gas (karbon dioksida) berkenaan akan mengakibatkan keseluruhan bahagian dalam beg berkenaan ‘meletup’. Ini akan membuatkan peragut panik kerana sebaik ‘letupan’ berlaku, semua barang yang ada dalam beg itu akan berselerak di atas jalan raya.




SEJADAH KIBLAT



Sejadah kiblat ini di cipta oleh Soner Ozenc dan di beri nama Sajaddah 1426 sempena tahun hijrah sejadah ini reka (2005). Sejadah ini di tenun dengan teknologi Electro Luminescent Phosphore Painting dimana benang tersebut boleh menyala seperti kabel optik. Kecerahan benang tersebut bergantung kepada arah kiblat. Apabila sejadah menghadap ke arah kiblat yang betul maka kecerahan benang tersebut adalah pada tahap maksimum. Aplikasi kompas digunakan dalam teknologi ini.



  
TEKNOLOGI WASHABLE KEYBORD




Keyboard mungkin salah satu objek yang mudah kotor. Biasanya, satu-satunya cara untuk membersihkan permukaan keyboard adalah dengan mengambil setiap butang dan membersihkannya, kemudian memasangkannya kembali. Tapi Unotron telah mencipta jalan penyelesaian dengan mencipta keyboard yang diberi nama washable keyboard. Keyboard ini memiliki teknologi SpillSeal yang mampu melindunginya daripada cecair dan membuatnya mudah untuk di cuci walaupun dengan menggunakan air paip dari wastafel anda.



     INOVASI BASIKAL


Ini bukan beg untuk meletak barangan. Tetapi merupakan basikal yang boleh di lipat menjadi beg. Beg atau basikal ini turut dilengkapi dengan pembesar suara dalaman.



  TWENDY - ONE



Twendy-One adalah versi canggih robot Wendy yang dimajukan pada tahun 1999. Hasil penyelidikan berterusan, Twendy-One yang lemah lembut membolehkannya memegang sekeping roti tanpa menghancurkannya dan mengangkat orang dari katil. Twendy-One di reka untuk hidup bersama manusia dan setakat ini adalah robot pertama mempunyai enam ciri yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu iaitu selamat, melahirkan sifat persahabatan, berkomunikasi, berkemahiran, mampu melakukan kerja fizikal dan bergerak. Saiz Twendy-One rendah sedikit daripada purata ketinggian wanita Jepun iaitu 1.5 meter (5 kaki), tetapi seberat 111 kilogram (245 paun), mempunyai tangan panjang, manakala mukanya seperti wajah makhluk asing dalam filem E.T. Penciptaan robot ini mengambil masa hampir tujuh tahun dengan perbelanjaan berpuluh juta ringgit untuk menggabungkan semua ciri teknologi tinggi seperti tangan yang mempunyai 241 pengesan tekanan berbalut silikon ke dalam robot yang anjal dan lembut. Twendy-One boleh meletakkan roti bakar di atas pinggan dan mengambil botol kicap dari peti ais apabila di suruh. Robot ini mempunyai kebolehan bercakap dan boleh menyapa manusia dengan ucapan selamat pagi atau selamat menjamu selera.


Monday 21 November 2011

BIODATA



NAMA : FATIMAH BINTI AHMAD
NO.MATRIK : A128300
PROGRAM : IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL 
                    DENGAN KEPUJIAN (ANTROPOLOGI DAN 
                    SOSIOLOGI)   
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 3
SEMESTER : 1 2011/2012
TUTORIAL :
                     HARI : RABU
                     MASA : 10.00 - 12.00
                     TEMPAT : MAKMAL 3  
EMAIL : starnight_lavender@yahoo.com