Saturday 10 December 2011

PENGGUNAAN FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Caroline dan Terri (2009), amat penting bagi seorang guru untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada para  pelajar. Hal ini kerana kemajuan dalam bidang ICT semakin pesat berkembang. Kini penggunaan Facebook semakin meluas dan bukan sahaja digunakan oleh golongan dewasa malah kanak-kanak dibawah umur 12 tahun juga telah mempunyai akaun Facebook. Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Oleh itu, tidak salah jika para guru menggunakan medium facebook sebagai salah satu cara baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang pengajar, seseorang guru itu mestilah bijak dalam memberi  ilmu kepada para pelajarnya. Para guru boleh membina satu kumpulan atau “Group” di Facebook untuk menambahkan pengetahuan para pelajar. Di dalam kumpulan tersebut, pelbagai nota dan perkongsian ilmu antara guru dan pelajar dapat dilakukan.

Hakikatnya, Facebook boleh mengggantikan perbincangan dalam kumpulan yang sering digunakan oleh para guru disekolah. Perbincangan dalam kumpulan sering gagal berfungsi kerana  setiap ahli kumpulan tidak member komitmen sepenuhnya. Sebagai seorang guru yang kreatif, sudah pasti akan mencari alternatif lain untuk memudahkan para pelajarnya memahami apa yang diajarkan. Oleh itu, pemilihan medium Facebook sebagai salah satu cara untuk memahamkan para pelajar adalah amat baik. Hal ini kerana majoriti pelajar sekolah kini mempunyai akaun Facebook.

Sebagai contoh, guru boleh memuat naikan tugasan atau bahan pengajaran untuk pelajar di laman sosial terbabit. Secara tidak langsung perbincangan antara pelajar dengan rakan-rakan mereka akan tercetus untuk membincangkan isu yang telah diberikan oleh guru mereka. Dalam masa yang sama juga guru terbabit boleh mengetahui sama ada pelajar terbabit memahami apa yang di ajar melalui komen-komen yang diberikan.

Selain itu, Facebook pada ketika ini juga telah menarik minat para  tenaga pengajar untuk dimanfaatkan dalam komunikasi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara online. Fenomena ini sangat menarik kerana pada awalnya Facebook sebagai salah satu jaringan sosial yang bertujuan sebagai tempat untuk berinteraksi antara seorang individu dengan individu lain. Namun, ia kemudian di lihat oleh sebagian para akademik sebagai peluang untuk dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran secara online.

Faedah yang paling ketara melalui penggunaan Facebook dalam pembelajaran ialah pelajar yang sukar untuk memberi idea atau bercakap semasa di dalam kelas atau makmal akan mudah terangsang atau teruja untuk memberi idea sekiranya ada dalam kalangan pelajar-pelajar lain yang memberi komen mengenai sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh guru. Secara tidak langsung guru akan tahu sebenarnya semua pelajar mereka boleh berkomunikasi dengan baik. Facebook juga sangat berfaedah bagi pelajar yang kurang faham semasa guru mengajar dalam kelas dan semasa di luar waktu kelas, pelajar berkenaan boleh menggunakan saluran Facebook untuk meluahkan ketidakfahaman mereka dengan mendapat tindak balas dari pelajar lain dan guru berkenaan. Dengan adanya Facebook, komunikasi dapat dilakukan dengan  percuma atau kos yang rendah serta cepat mendapat maklum balas.

Kesimpulannya, dalam era teknologi yang semakin pesat berkembang ini terutamanya teknologi ICT, maka amat wajar seorang guru untuk mengaplikasikan laman “Facebook” dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cara ini di lihat lebih berkesan kerana murid-murid kini banyak menghabiskan masa di laman-laman sosial. Melalui cara ini, para guru dapat membuatkan penggunaan laman sosial menjadi lebih berfaedah serta membuatkan murid-murid seronok seta termotivasi apabila belajar dengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Sunday 4 December 2011

MODEL INDUVIDU (JAM)

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT JAM:
1) POLISTERIN
2) PISAU PEMOTONG
3) GAM
4) KERTAS WARNA
5) PIN
6) PITA PELEKAT
7) GUNTING























Thursday 1 December 2011

VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI


KOMPUTER RIBA (LAPTOP) MASA DEPAN




MESIN MEMOTONG BAWANG



TEKNOLOGI I-READ (KAEDAH CEPAT BACA)



ROBOT MANUSIA



KERETA DALAM AIR



STEAM IT BY TUPPERWARE



SISTEM PENGESAN PEJALAN KAKI OLEH TOYOTA






MULTITOUCH PAD






GELOMBANG OTAK 






GURU ROBOT




SELAMAT MENONTON VIDEO YANG TERDAPAT DI BLOG INI